Followers

Thursday 25 April 2013

...MENGAPA KITA PERLU BERDOA ???..

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah, semoga perjalanan hari ini lebih baik dari semalam...
Sebelum ke tempat kerja pagi ini, saya nak kongsi tentang DOA...



 Mengapa kita perlu berDOA ?  


       Supaya kita tidak menjadi "ORANG YANG SOMBONG" !!!!!...
 Dalam erti kata yang lain, kita akan jadi insan yang SOMBONG pada Allah SWT....

Antara kepentingan-kepentingan BERDOA adalah :


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim).
... Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh Dedikasi dan Bersemangat ... 
XOXO


Tuesday 23 April 2013

Semuanya Kerana ALLAH Taala

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, Allah SWT beri saya peluang untuk berkongsi satu ilmu sebelum kita semua lelapkan mata malam ini...


' ALLAH tidak menjanjikan hidup ini bersuka ria tanpa kesudahan,
Tetapi ALLAH menjanjikan  setiap yang hidup pasti diduga...
Dan pasti ada perjalanan hidup ini tersirat luka dan duka,

Namun semuanya bukan hukuman ALLAH...
Tetapi tanda keimanan dan kemuliaan sebagai hamba...
...Bagi mereka yang SABAR...

Apa pun kembali kepada ALLAH...
Pasti hidupmu tenang semula
Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran...'

Photo: ALLAH tidak menjanjikan hidup ini
bersuka ria tanpa kesudahan,
Tetapi ALLAH menjanjikan 
setiap yang hidup pasti diduga 
dan pasti ada perjalanan hidup
ini tersirat luka dan duka,
namun semuanya bukan hukuman ALLAH
tetapi tanda keimanan dan 
kemuliaan sebagai hamba
bagi mereka yang SABAR
Apa pun kembali kepada ALLAH
pasti hidupmu tenang semula
walaupun pelbagai dugaan dan cabaran.
^______^ <3 

.. Semoga tidur malam kita dalam Rahmat dan Pelihara Yang Maha Esa ..
Jangan lupa baca doa tidur yea..;)
 

XOXO
 

Sunday 21 April 2013

RAHSIA CINTA ILLAHI

 
 
Assalamualaikum dan salam ceri di pagi minggu..
Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT beri kesempatan untuk merasai nikmat kehidupan hari ini..
Macamana tidur malam tadi ? Nyenyak dan tenang selepas maafkan ramai orang sebelum tidur..?
Syukur, Alhamdulillah saya percaya ramai yang mencuba....
Pastinya bila bangun pagi untuk solat Subuh hari ini kita jadi lebih bersemangat, kan...??!!!!
 
Subuh di tempat saya bermula awal lebih kurang jam 4:52 pagi...
Sama2 kita tambah amalan kebaikan pada hari minggu ni yer...
 
Oklah, nak siapkan beberapa kerja rumah lepas ini..
In Sha Allah jika ada kesempatan saya akan update info-info yang bermanafaat untuk kita semua..
Semoga doa ini jadi amalan kita setiap kali selepas solat fardhu...
 
 
 
Wasalam
 
XOXO
 
 


Saturday 20 April 2013

Memaafkan Itu Lebih Indah Dari Dendam

 
Tazkirah Sebelum Tidur
Assalamualaikum wrt semua...
Jom kita audit diri masing2 sebelum mengakhiri aktiviti seharian dengan tidur...
 
MAAF... xramai dikalangan kita yang mampu nak memaafkan orang2 yang pernah mengkhianati, menipu dan mengecewakan kita... Sesiapapun bila menghadapi situasi macam ni akan timbullah rasa marah, sedih , kecewa, dendam dan benci dalam hati...Sikap2 negatif tersebut secara tak langsung mendorong kita untuk berburuk sangka dan curiga yang adakalanya orang yang tak berkaitan pun terlibat sama...
Muka kita pun hilang seri keimanan sebab hati kita jadi kotor dengan sifat2 mazmumah...
 
Hakikatnya, MAAF tidak mampu mengubah masa lampau tapi ia mampu mengubah masa depan kita..
Anggap sahajalah semua ini dugaan dan ujian daripada Allah SWT untuk memdidik diri kita menjadi hambaNYA yang bertakwa...Di sini kekuatan IMAN kita diuji...
Serahkan hati kita yang luka dan sedih pada Allah SWT untuk mengubatinya....
Ikhlas dan redha dengan ujian dan dugaan ini...
Hati dan Iman kita mesti YAKIN dan bergantung harap sepenuhnya pada ketentuan Yang Maha Esa..
 
Memaafkan bukan bererti kita lemah, tetapi kerana kita rasa kuat dan mengaku bahawa semua manusia tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidupnya...
 
" NO BODY'S PERFECT "
 
Kita juga sama seperti mereka yang pernah buat salah pada diri kita...
Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kesilapan mereka, agar kita tidak mengulangi perkara yang sama pada orang lain...
Berdoalah semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah untuk mereka menyesali kekhilafan yang dilakukan....
Mungkin juga orang yang buat silap pada kita sama ada sengaja atau tidak ...sebenarnya mereka sedar dan mengaku akan kesilapannya pada kita...Dalam diam, mereka bertaubat pada Allah SWT dan mendoakan 1000 kebaikan pada kita yang sedang kecewa dan bersedih...
 
Oleh itu, jom kita maafkan semua orang sebelum kita tidur...
Semoga tidur kita jadi lebih tenang malam ini...
Paling penting, hati dan minda kita jadi lebih tenang dan bahagia untuk perjalanan hari esok...
 
JANGAN LUPA BERUS GIGI, CUCI KAKI DAN BERWU'DHUK SEBELUM TIDUR !!!
 
XOXO
 
 
 

.. JOM SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI ...

 
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah, hari ini Allah SWT beri kesempatan untuk saya berkongsi sedikit ilmu...
Jom kita sama-sama perbaiki diri setiap masa agar sentiasa dalam rahmat Allah SWT ...:)