Followers

Thursday 25 April 2013

...MENGAPA KITA PERLU BERDOA ???..

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah, semoga perjalanan hari ini lebih baik dari semalam...
Sebelum ke tempat kerja pagi ini, saya nak kongsi tentang DOA...



 Mengapa kita perlu berDOA ?  


       Supaya kita tidak menjadi "ORANG YANG SOMBONG" !!!!!...
 Dalam erti kata yang lain, kita akan jadi insan yang SOMBONG pada Allah SWT....

Antara kepentingan-kepentingan BERDOA adalah :


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim).
... Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh Dedikasi dan Bersemangat ... 
XOXO


Tuesday 23 April 2013

Semuanya Kerana ALLAH Taala

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, Allah SWT beri saya peluang untuk berkongsi satu ilmu sebelum kita semua lelapkan mata malam ini...


' ALLAH tidak menjanjikan hidup ini bersuka ria tanpa kesudahan,
Tetapi ALLAH menjanjikan  setiap yang hidup pasti diduga...
Dan pasti ada perjalanan hidup ini tersirat luka dan duka,

Namun semuanya bukan hukuman ALLAH...
Tetapi tanda keimanan dan kemuliaan sebagai hamba...
...Bagi mereka yang SABAR...

Apa pun kembali kepada ALLAH...
Pasti hidupmu tenang semula
Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran...'

Photo: ALLAH tidak menjanjikan hidup ini
bersuka ria tanpa kesudahan,
Tetapi ALLAH menjanjikan 
setiap yang hidup pasti diduga 
dan pasti ada perjalanan hidup
ini tersirat luka dan duka,
namun semuanya bukan hukuman ALLAH
tetapi tanda keimanan dan 
kemuliaan sebagai hamba
bagi mereka yang SABAR
Apa pun kembali kepada ALLAH
pasti hidupmu tenang semula
walaupun pelbagai dugaan dan cabaran.
^______^ <3 

.. Semoga tidur malam kita dalam Rahmat dan Pelihara Yang Maha Esa ..
Jangan lupa baca doa tidur yea..;)
 

XOXO
 

Sunday 21 April 2013

RAHSIA CINTA ILLAHI

 
 
Assalamualaikum dan salam ceri di pagi minggu..
Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT beri kesempatan untuk merasai nikmat kehidupan hari ini..
Macamana tidur malam tadi ? Nyenyak dan tenang selepas maafkan ramai orang sebelum tidur..?
Syukur, Alhamdulillah saya percaya ramai yang mencuba....
Pastinya bila bangun pagi untuk solat Subuh hari ini kita jadi lebih bersemangat, kan...??!!!!
 
Subuh di tempat saya bermula awal lebih kurang jam 4:52 pagi...
Sama2 kita tambah amalan kebaikan pada hari minggu ni yer...
 
Oklah, nak siapkan beberapa kerja rumah lepas ini..
In Sha Allah jika ada kesempatan saya akan update info-info yang bermanafaat untuk kita semua..
Semoga doa ini jadi amalan kita setiap kali selepas solat fardhu...
 
 
 
Wasalam
 
XOXO
 
 


Saturday 20 April 2013

Memaafkan Itu Lebih Indah Dari Dendam

 
Tazkirah Sebelum Tidur
Assalamualaikum wrt semua...
Jom kita audit diri masing2 sebelum mengakhiri aktiviti seharian dengan tidur...
 
MAAF... xramai dikalangan kita yang mampu nak memaafkan orang2 yang pernah mengkhianati, menipu dan mengecewakan kita... Sesiapapun bila menghadapi situasi macam ni akan timbullah rasa marah, sedih , kecewa, dendam dan benci dalam hati...Sikap2 negatif tersebut secara tak langsung mendorong kita untuk berburuk sangka dan curiga yang adakalanya orang yang tak berkaitan pun terlibat sama...
Muka kita pun hilang seri keimanan sebab hati kita jadi kotor dengan sifat2 mazmumah...
 
Hakikatnya, MAAF tidak mampu mengubah masa lampau tapi ia mampu mengubah masa depan kita..
Anggap sahajalah semua ini dugaan dan ujian daripada Allah SWT untuk memdidik diri kita menjadi hambaNYA yang bertakwa...Di sini kekuatan IMAN kita diuji...
Serahkan hati kita yang luka dan sedih pada Allah SWT untuk mengubatinya....
Ikhlas dan redha dengan ujian dan dugaan ini...
Hati dan Iman kita mesti YAKIN dan bergantung harap sepenuhnya pada ketentuan Yang Maha Esa..
 
Memaafkan bukan bererti kita lemah, tetapi kerana kita rasa kuat dan mengaku bahawa semua manusia tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidupnya...
 
" NO BODY'S PERFECT "
 
Kita juga sama seperti mereka yang pernah buat salah pada diri kita...
Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kesilapan mereka, agar kita tidak mengulangi perkara yang sama pada orang lain...
Berdoalah semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah untuk mereka menyesali kekhilafan yang dilakukan....
Mungkin juga orang yang buat silap pada kita sama ada sengaja atau tidak ...sebenarnya mereka sedar dan mengaku akan kesilapannya pada kita...Dalam diam, mereka bertaubat pada Allah SWT dan mendoakan 1000 kebaikan pada kita yang sedang kecewa dan bersedih...
 
Oleh itu, jom kita maafkan semua orang sebelum kita tidur...
Semoga tidur kita jadi lebih tenang malam ini...
Paling penting, hati dan minda kita jadi lebih tenang dan bahagia untuk perjalanan hari esok...
 
JANGAN LUPA BERUS GIGI, CUCI KAKI DAN BERWU'DHUK SEBELUM TIDUR !!!
 
XOXO
 
 
 

.. JOM SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI ...

 
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah, hari ini Allah SWT beri kesempatan untuk saya berkongsi sedikit ilmu...
Jom kita sama-sama perbaiki diri setiap masa agar sentiasa dalam rahmat Allah SWT ...:)
 

Wednesday 17 April 2013

KHAS BUAT TEMAN





Assalamualaikum semua...

Untuk entri hari ni, saya cuma nak share kata-kata azimat dengan semua teman-teman saya...
Semoga memberi manfaat buat kalian semua...:)


 

Tuesday 16 April 2013

...SABAR dan REDHA...



Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.
Wahai hati, be
rsabarlah..sabar...sabar... dan terus bersabar...

Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai...

 Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah...
Ingatlah, sekali gagal bukan bererti gagal untuk selama2nya...
 Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang...
 Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan...
Wallahualam...



 

..... Doa Pembuka Apa Yang Tertutup .....

 
Assalamualaikum wrt...Semoga doa ini boleh dijadikan amalan seharian selepas solat fardu atau bila2 masa sahaja..  
 
Bagus diamalkan untuk :
 
1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari) 

Sunday 14 April 2013

PREMIUM BEAUTIFUL ..suatu masa dulu di tahun 2011

Pada yang sedia maklum, dulu blogspot ni memang untuk promote bisnes Premium Beautiful (PB)Corset.. tapi sekarang saya hanya pengguna PB sahaja...

Kenapa saya tak teruskan bisnes ni, ye..? Give Up ker ? Atau malas nak usaha lebih ? Atau, tak yakin dengan syarikat dan tak suka dengan cara kerja kumpulan ? Hmmm......

Apapun, saya memang setuju dengan dengan dua (2) alasan pertama yang diberi.. Saya memang sukar nak beri komitmen untuk berjaya dalam bisnes PB memandangkan saya sedang memikul satu amanah yang agak berat pada waktu itu... Hanya ini alasan terbaik yang mampu saya bagi...:)
 
Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun sahabat saya, Nor Shuhada Nordin yang perkenalkan bisnes PB sekarang semakin berjaya bersama-sama rakan seperjuangannya... I'm proud of you, Shuhada !!!   Janji Allah Itu Pasti, kita akan capai impian seiring dengan keberkatan perit jerih usaha kita...
 
Saya juga rasa berterima kasih kerana diberi peluang mengenali bisnes PB ini.. Sekurang-kurangnya kejayaan teman-teman yang lain membuka minda & hati saya tentang matlamat dan tujuan hidup saya yang sebenarnya...

In Sha Allah, semoga Allah merahmati tujuan kita sama-sama untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan...Semoga kalian sukses hendaknya... Especially to CDM Hanis Haizi, CDM Maisarah, CDM Nurul Aini dan coming soon CDM Nor Shuhada...(admieshuhada@yahoo.com | fb : admie shuhada | ig : @admieshuhada)

Jangan Ada Benci....

Setiap orang punya 'kenangan terindah'..
Namun, adakalanya kita perlu akur dengan 'qada dan 'qadar-NYA...
Andai kita benar2 ikhlas menyayanginya kerana Allah, jangan ada rasa benci jika dia terpaksa 'memungkiri janji'...
Ukhwah itu indah, jika kita bertemu dan berpisah kerana Allah SWT...
Hargailah dirinya, yang suatu tika dulu pernah memberi kebahagiaan dan  mengajar kita erti kehidupan... 
... Jangan Ada Benci ... :)
 
 

..KEMBALI KE PANGKAL JALAN..

 
 
Setiap manusia tak lepas daripada melakukan kesalahan...
Kita semua punya 'kisah silam', 'sejarah hitam' atau 'kisah lampau' di masa lalu...
Ramai yang mengeluh dan meluahkan rasa kesal mereka ...
"Andai dapat ku undur ke masa silam, aku pasti tak akan melakukan perkara sedemikian"... 
.....Yang pasti, masa yang berlalu tak akan kembali .....
 
Namun, kita harus rasa bersyukur dengan setiap dugaan musibah yang Allah berikan, kerana kita antara golongan 'yang terpilih' untuk sedar daripada kesilapan ...
Itulah bukti kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya...
Kita masih diberi peluang untuk bertaubat sebelum kembali kepadaNya...
 
...Ikhlaskan hati untuk mengakui kekhilafan diri...
...Sabar dan redha menerima ketentuanNya...
... Istiqamah dan Tetapkan Iman untuk berubah ke arah kebaikan ...
 
...Semoga kita tidak berada dikalangan orang-orang yang lalai...
... Allah Maha Pengasih & Penyayang ...